Wartawan Badrul Hisham Abdul Aziz

Badrul Hisham pernah menjadi kadet tentera sebelum bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dan berpindah ke Utusan Melayu.

Beliau lulusan ijazah sarjana muda sastera di UKM (1979—83). Beliau menjadi wartawan kadet di Utusan Malaysia pada 15 Februari 1984. Jawatan terakhir beliau ialah penolong pengarang berita Utusan sebelum berhenti untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Hulu Langat. Rakan seangkatan beliau di Utusan ialah Zainuddin Maidin, Datuk Aziz Ishak, Othman Mohamad, Datuk Zaini Hassan Rosli Ismail, Abdullah Hassan, Datuk Sirajuddin Rafia, Nasir Osman Abas dan Rashid Ahmad.

Beliau membuat liputan Konsert Sudirman 1984 di UKM yang dibantah oleh mahasiswa yang disokong oleh parti pembangkang, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) khususnya. Diceritakan[nyatakan menurut siapa?] perihal bagaimana rakan wartawan daripada Utusan, Mohd. Nor A. Samad, ditahan oleh pihak pengawal keselamatan kerana memasuki kawasan kampus tidak mengikuti pintu sewajarnya, sebaliknya pintasan mengikuti padang yang tidak berpagar. Juga mengenai Ketua Jurugambar Syed Agil Syed Jaafar yang ditahan di dalam bilik kebal UKM selama empat jam. Ketika ditahan, Syed Agil sempat melontarkan dua gulung filem yang merakam pelbagai aksi mengenai rusuhan selepas solat Jumaat itu. Pada keesokan harinya, empat keping gambar demonstrasi itu disiarkan.[1]

Beliau bersama yang lain membuat liputan tentang Ketua Menteri Melaka dituduh oleh pihak pembangkang manakala wartawan M. Nor A. Samad telah ditahan. Beliau juga membuat liputan dengan Kamal Zailani untuk menjejaki Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, yang tiba-tiba menghilang diri setelah kisah perkahwinannya dengan puteri Sultan Selangor, Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah) meletup.[2]

Beliau juga turut mengikuti Mufti Istana Negara, Datuk Hassan Din al-Hafidz menjalankan operasi cegah maksiat di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka juga melaporkan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).[3]

Pada Oktober 1986, Badrul Hisham membuat liputan tentang penawanan dua orang pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia di Penjara Pudu. Dr Radzi Jaafar dan Abdul Aziz Majid ditawan oleh Jimmy Chua, bekas inspektor polis Singapura bersama lima orang lagi rakannya. Penawanan selama enam hari itu ditangani oleh pasukan Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Datuk Mohd Zaman Khan dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar menyelinap masuk ke dalam penjara. Ketua Pengarah Penjara ketika itu ialah Datuk Ibrahim Mohamad.[4]

Pada 1989, Badrul Hisham bersama Ramli Ismail dan Ayob membuat liputan tentang pesawat Flying Tiger 66 terhempas di atas bukit perkampungan Orang Asli, Kampung Batu 14, Puchong. Empat orang dalam pesawat Flying Tiger termasuk kapten dan juruterbang kedua-duanya maut. Dilaporkan ada pihak yang terjumpa tin minuman keras di dalam kokpit pesawat. Berlaku salah maklumat antara Lapangan Terbang Changi, Singapura, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dengan juruterbang pesawat kargo Boeing 747-249F.[5]

Rujukan

WikiPedia: Badrul Hisham Abdul Aziz http://www.agendadaily.com/Badrul-Hisham-Abdul-Azi... http://www.agendadaily.com/Badrul-Hisham-Abdul-Azi... http://www.agendadaily.com/Badrul-Hisham-Abdul-Azi... http://www.agendadaily.com/Badrul-Hisham-Abdul-Azi... http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/al-faithah... //scholar.google.com/scholar?q=%22Badrul+Hisham+Ab... //www.google.com/search?&q=%22Badrul+Hisham+Abdul+... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Badru... //www.google.com/search?q=%22Badrul+Hisham+Abdul+A... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Badrul+Hish...